we are not great leaders, but each of us still a leader!

we just want to help our juniors now..!
the information here is from ours and others experiences..
just read and think about it..

Saturday, July 10, 2010

english.., is it important??

YES...! it is important.. believe me... you will REALLY need it in campus life especially if you continue your studies in international universities such as UIA, UTP and UNITEN...but it doesnt means that it is not important in other universities... believe me, either you study in local university, in international university or in overseas university, you will need to master this language... english language is not just important and will be used in your daily life in campus, you will need it in your studies... all lectures will be taught in english, your assignment will need to be done in english and everything is about english... believe me and mark my words...

so... for those who just like me before,taking english for granted during high school... PLEASE... i am begging you... change your mind and start thinking in english, speak in english and read english... i promise you, it worth it if you do what i told you to do... it is for the sake of your future studies...

i dont need to elaborate this more further, you can think about it logically.

hope for those who read this post especially my juniors, please spread it contents to your friends... tell them the importance of english in your future study...

Wednesday, June 2, 2010

nasihat untuk junior

aku nak bagi nasihat kat smua junior kami... sebagai ex-bwp korang... bnda
ni aku nda mo simpan... kena bagitau jugak kat korang.. ok.. ni untuk masa depan kami, kamu n semua orang... kalo boleh, kalo ada masa korang kumpul la ramai2, bincang pasal ni... hahaa mcam c arif, aim ngan klasmate dia dulu....
ok... lets begin...
mungkin batch kami paling worst tuk program spc... program rusia ndada yg dapat... program western sorg jak dapat... pastu local jak yg ramai... ok... ni mesti buat junior2 fikir..'oh, dulu ramai nda dapat... so mgkin kita pun sama ni nnt... p local jak la'... ini lar yg aku nda mo dgr sbnrnya... kalo korg ada cita2 mo blajar
luar negara mcam aim... go for it... jgn takut...jgn tukar fikiran... have a faith.! 'alaaaa... ada temuduga lar.., apply utm la.. ndada jugak interview... senang skit' ni fikiran kolot.... kalo result korang bagus, n korang mo western program, jgn buat bgni... pluang hanya sekali arrr.... kalo kamu btl2 mo masuk utm, n kamu mmg nda mo
western program... go for skudai...! tapi once kamu apply utm under spc mara.., n kamu dapat then kamu terima, sory larr mo dapat jpa... never! p tmduga jpa mgkin bole.., dapat tu mgkin hanya 20%.. jpa ndakan taja plajar yg suda dapat tajaan mara... thats the truth...

begini... kalo kamu tersenarai dalam list spc cikgu abdul,, pecaya la..result spm kamu kompom the best..! tapi kena maintain la blajar,,, jgn lalai... kalo lalai... tu salah kamu... kalo nda tersenarai tu.. study hard lagi spya spm dapat result gempak..! kalo kamu apply spc.. n nda dapat... gagal interview... jgn takut... kamu ada chance lagi tajaan jpa n mara selepas spm... tapi make sure kamu test spc dulu... jgn mo selfish..

kita orang sabah, kita bumiputera sabah...(yg bukan tu jgn ambil hati)... kalo kamu mo tau.. jpa ada kuota untuk pelajar bumiputera sabah n sarawak... so.. no worries.. kalo kamu nda dapat spc, kamu go jor jpa... insyaAllah dapat... ada 10% tau 15% tu kalo nda silap dari 1500-2000 (bergantung kepada keadaan, tym kami 1500, seblm tu 2000) tempat tuk tajaan jpa bagi pelajar bumiputera sabah... kamu pegi interview n did well... mmg dapat.. insyaAllah...
10% x 1500 = 150
ada 150 tempat n cuba kamu bayangkan... brapa pelajar bumiputera sabah yg boleh secemerlang kita... kalo kamu go for tajaan mara selepas spm... no worries jugak... aku boleh jamin... student batch kami yg nda dapat spc n go for mara... semua dapat... semua dapat buat IB d KMB (kolej mara banting)... see... everyone deserve a second chance bha.. kalo kamu ada keyakinan dan keinginan... mmg dapat punya larr....

kalo medic... budak ic ******-12-**** boleh apply zakat kat baitulmal kat muis.. syarat dia nda brapa ketat... tapi masi memerlukan pncapaian spm yg mantap dan ko-q... so... no worries... tapi ni untuk pelajar bumiputera sabah yg beragama islam jak lar... da zakat namanya.... batch kami pun ramai dapat ni.... 9 org... tapi dorg post kamu d mesir la... tapi, mesir is also a great place to study medic besides india, indonesia n uk.... it worth!

tapi aku ada nasihat tuk korang...
kalo kamu ada potential tuk jadi bwp, ldp, ajk surau, prs atau apa2 badan kepimoinan lain... jgn buang tebiat,.. try untuk dapatkan tempat.. kalo kamu ada potential tuk aktif kokurikulum... go for it... jgn lepaskan peluang... kalo jpa... peratusan markah interview cuma 5%.., keputusan akademik 50%, ko-q 45%... tgk... penting tu ko-q... n ingat.. jpa n mara cuma suru kamu bawa sijil tym form4 n form5... so, jgn mo selfish tym upper form mo fokus akademik konon... pelajar cemerlang ialah pelajar yg mampu cemerlang dalam akademik dan ko-q dalam masa yg sama... kalo boleh.. ambil interview d sabah... interview d sabah adalah yg paling senang berbanding d semenanjung... pecaya la cakap aku.. hahaha... kepada yg bukan bumiputera sabah.. jgn mo minta puji mo ambil jpa... kompom nda dapat... melainkan mara ndada taja bidang yg kamu mau tu...

Monday, May 10, 2010

hi

apa apapun, kalua sudah cuba yang habis baik, itulah benda mstahil yang tidak akan mustahil kita dapat. terus terang M.U. telah lakukannya yakni dengan baik.

Saturday, May 8, 2010

hello

we must believe for something that is not possible to happen.
anda akan tahu apa yang saya maksudkan esok (jika ingin tahu).

Sunday, May 2, 2010

where do we go...????

now... everyone gonna decide where they really want to further their study.,... matrix and upu result already out... so.... u choose the path that u want... think wisely before confirm it... its gonna be ur future guys.....
for us bwp..., mostly go to uitm for foundation n matrix... btw..,two of us got spc... so they dont need to worry anymore.... but for the rest of us... yeah.. still need to choose... so.., what is ur choice guys...????? n to noah and daus... study hard (smart) bebeh... go on...!!!!

Saturday, April 24, 2010

glory glory manchester united!

Wednesday, April 7, 2010

kenapa teamwork???

because NONE OF US AS SMART AS ALL OF US...!!!!

Thursday, March 11, 2010

SPM RESULT..

HAHA... tadi dengan selamatnya kitaorang ambik result masing2.. ada yg gembira, ada yg hampa... tapi LIFE MUST GO ON... apa2 pun semua ada harapan.. tapi jalan tu cari sendiri... manatau yg k.o dapat skor 4.00 di matrix.. who knows??? kan2??
batch kitaorg 15 orang dapat straight A's... result terbaik 8A+,1A...
tahniah kepada yg cemerlang dan kepada yg tak seberapa cuba d matrix atau universiti nnt.. peluang bukan hanya sekali kalau dicari... hahaha..
so.., LETS GO ON...!!!!!

SHELL REQUIMENTS...

Students who have completed their SPM/O-Level, STPM/A-Level/Foundation Year/Diploma or currently in their final semester of Matriculation studies or in the University (IPTA/IPTS) who meet the following criteria are eligible to apply for the Shell Malaysia Scholarship Awards:

* Excellent academic achievement with emphasis in English
* Demonstration of leadership skills through active participation in extra-curricular activities. e.g. societies and clubs, sports, etc.
* Strong academic record and realistic expectation of a high CGPA or its equivalent

Preferred disciplines for scholarships include:

* Engineering (Petroleum, Chemical, Electrical and Mechanical)
* Sciences (Geosciences, Chemistry and Physics)
* Business Administration / Economics
* Finance & Accounting
* IT (includes Business/ Management IT)

Master of Science (MsC) in Geosciences
Candidate must posses a good Honours Degree or equivalent in the relevant field from a recognized university.

Language Requirements
Applicants who are Malaysian citizens must possess a credit in Bahasa Melayu at the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level or an equivalent qualification. Foreign and local students are required to have English proficiency in both written and spoken by the meeting one the following requirements:

* Minimum TOEFL score of 550 OR
* Minimum IELTS score of 6.0 OR
* Minimum ELTS score of Band-6 OR
* Minimum MUET score of Band-4.

Applicants who are native English speakers or holding a degree with English as the medium of instruction may be exempted from this requirement.

PETRONAS REAQUIMENTS...

PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN PETRONAS

Program Penajaan Pendidikan PETRONAS adalah penajaan yang berbentuk pinjaman pendidikan.
Penajaan terbuka kepada program sarjana muda di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) atau universiti luar negara/kampus cawangan di Malaysia (Curtin/Monash/Nottingham University).


PROGRAM DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.
PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN):
 Kejuruteraan Awam
 Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
 Kejuruteraan Kimia
 Kejuruteraan Mekanikal
 Kejuruteraan Petroleum
PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI (KEPUJIAN):
 Petroleum Geosains
Kelayakan Akademik
Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2009 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran seperti berikut:-

a) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 6 matapelajaran berikut :-
 Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris
 Matematik
 Matematik Tambahan
 Fizik
 Kimia
Dan

b) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.
PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI (KEPUJIAN):
 Teknologi Maklumat & Komunikasi
 Sistem Maklumat Perniagaan
Kelayakan Akademik
Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2009 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran seperti berikut:-
a) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut :-
 Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris
 Matematik
Dan

b) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut:-
Kimia Fizik
Biologi Sains
Sejarah Geografi
Sains Tambahan Matematik Tambahan
Asas Perakaunan Ekonomi Asas
Perdagangan Prinsip Akaun
Teknologi Maklumat Asas Pemprosesan Maklumat
Dan

c) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.
*Nota : 3 matapelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai (b) di atas atau lain-lain matapelajaran yang tidak tersenarai di atas.

PROGRAM DI UNIVERSITI LUAR NEGARA/KAMPUS CAWANGAN DI MALAYSIA (CURTIN/MONASH/NOTTINGHAM UNIVERSITY)
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program di universiti luar negara/kampus cawangan Di Malaysia (Curtin/Monash/Nottingham University) dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara/kampus cawangan di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.
PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN:
 Kejuruteraan Kimia
 Kejuruteraan Mekanikal
 Kejuruteraan Petroleum
PROGRAM SARJANA MUDA SAINS GUNAAN:
 Geologi
 Geofizik
Kelayakan Akademik

Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2009 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran seperti berikut:-
a) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 6 matapelajaran berikut :-
 Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris
 Matematik
 Matematik Tambahan
 Fizik
 Kimia
Dan

b) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.
PROGRAM SARJANA MUDA PERAKAUNAN/PERDAGANGAN/EKONOMI/KEWANGAN:
 Perakaunan
 Perdagangan
 Ekonomi
 Kewangan
Kelayakan Akademik

Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2009 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran seperti berikut:-

a) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut :-
 Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris
 Matematik
Dan

b) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut:-
Kimia Fizik
Biologi Sains
Sejarah Geografi
Sains Tambahan Matematik Tambahan
Asas Perakaunan Ekonomi Asas
Perdagangan Prinsip Akaun
Dan

c) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.
*Nota : 3 matapelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai (b) di atas atau lain-lain matapelajaran yang tidak tersenarai di atas.
SYARAT MEMOHON
• Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2009.
• Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
• Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2010.
• Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
CARA MEMOHON:
1. Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian melalui laman web ini sahaja.
2. Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang. Untuk muat turun, sila klik Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang di laman Borang Permohonan.
3. Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama “PETROLIAM NASIONAL BERHAD” melalui kaunter CIMB Bank – No Akaun : 1430-0000725-05-5. Sila simpan Slip Wang Masuk untuk rujukan dan pengesahan bayaran.
4. Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 9.00 pagi, 11 Mac 2010.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.00 petang, 19 Mac 2010.

JPA..

Siaran Akhbar: Program Penajaan JPA 2010

Makluman Awal Mengenai Program Penajaan JPA 2010 Bagi Lulusan SPM 2009

1. PENDAHULUAN

Modal Insan berkualiti merupakan prasyarat utama untuk menyokong agenda pembangunan negara. Oleh itu, Kerajaan akan sentiasa memastikan pembangunan modal insan dilaksanakan secara komprehensif, meliputi usaha-usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. Selain itu, langkah akan diambil untuk membentuk individu berintelek dalam bidang sains dan teknologi serta memupuk nilai-nilai positif dan progresif. Sehubungan itu, Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) akan menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara di peringkat Ijazah Pertama. Penawaran biasiswa ini diteruskan pada tahun 2010 dengan memberi fokus kepada bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara.Program Penajaan JPA 2010 terdiri daripada:

i. PROGRAM BIASISWA NASIONAL

Dalam pembentangan Bajet 2010 pada 30 Oktober 2009, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan penganugerahan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kalangan yang terbaik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia berasaskan kepada merit mulai tahun 2010.Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran akan mengenal pasti pelajar paling cemerlang dari kalangan pelajar yang mendapat A+ dalam semua mata pelajaran peperiksaan SPM untuk ditaja di bawah Program Biasiswa Nasional ini.

Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di universiti-universiti terkemuka di dalam ataupun luar negara dalam pelbagai bidang pengajian mengikut minat dan pilihan pelajar.

Maklumat dan syarat asas untuk Program Biasiswa Nasional adalah seperti berikut:

§ Terbuka untuk calon lepasan SPM 2009 yang memperolehi keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dan minimum bilangan mata pelajaran yang dinilai adalah sebanyak sembilan mata pelajaran (Pencalonan akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia);

§ Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2009;

§ Calon perlu melalui proses temuduga; dan

§ Calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA.

Kriteria yang digunapakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa Kerajaan/JPA adalah seperti berikut:

§ Pencapaian akademik; dan

§ Prestasi temuduga.

ii. PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN)

Program Ijazah Luar Negara (PILN) merupakan program penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM untuk mengikuti program Ijazah Pertama di universiti luar negara.Maklumat dan syarat asas untuk PILN adalah seperti berikut:

§ Terbuka untuk calon lepasan SPM 2009 yang memperolehi keputusan cemerlang;

§ Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2009;

§ Calon perlu melalui proses temu duga; dan

§ Calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA.

Kriteria yang digunapakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa Kerajaan/JPA adalah seperti berikut:

§ Pencapaian akademik;

§ Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum;

§ Prestasi temu duga; dan

§ Sosio-ekonomi/latar belakang keluarga.

Penajaan bagi tahun 2010 mengambil kira kecemerlangan akademik, kepelbagaian latar belakang kaum, latar belakang sosio ekonomi calon bagi menentukan penawaran dilaksanakan dengan adil dan saksama.

PILN 2010 adalah dibuka khusus kepada lepasan SPM tahun 2009 yang memperolehi keputusan yang cemerlang. Pada tahun 2009, seramai 455,317 orang calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding seramai 442,936 orang pada tahun 2008. Peningkatan bilangan calon ini dijangka akan menjadikan PILN 2010 lebih kompetitif. Pada tahun 2009, misalnya, JPA telah menerima sebanyak 15,084 permohonan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1,469 permohonan diterima daripada kalangan calon yang mendapat keputusan 1A dalam semua mata pelajaran SPM tahun 2008. Setiap tahun PILN menjadi tumpuan banyak pihak sehingga mewujudkan pergantungan harapan yang tinggi terutamanya di kalangan calon dan juga ibu bapa. Dua bidang yang paling popular di kalangan calon ialah Kejuruteraan dan Perubatan. Manakala, negara pengajian pilihan oleh majoriti calon/pelajar ialah United Kingdom, Australia dan New Zealand.

iii. PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)

Pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih, disebabkan persaingan yang sengit di bawah program PILN, akan ditawarkan tajaan untuk mengikuti pengajian di dalam negara sama ada di empat buah universiti penyelidikan di Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putera Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM), IPT tempatan, kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology atau Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), AIMST University, Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS), Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM dan University College Sedaya International (UCSI).Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik yang ditetapkan.

Selain itu program penajaan dalam negara (PIDN) turut menawarkan biasiswa diperingkat ijazah pertama dalam pelbagai bidang seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejuruteraan, Undang-Undang, Sains Tulen & Gunaan, Pengurusan dan Sastera di IPTA dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

2. PROSES PEMILIHAN

Calon-calon dinasihatkan supaya membuat pilihan secara bijak dan memberi perhatian kepada perkara-perkara seperti berikut:

o Kriteria pemilihan - peluang adalah lebih tinggi bagi calon yang mendapat gred A bagi sembilan mata pelajaran dan aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum berbanding dengan calon yang mendapat gred A bagi 15 mata pelajaran tetapi tidak aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum;

o Kursus/bidang - selain perubatan, terdapat bidang kritikal lain yang ditaja iaitu Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar. Di samping itu tajaan juga diberikan kepada bidang lain seperti Ekonomi, Sains dan Perakaunan yang juga amat diperlukan oleh negara dan perkhidmatan awam;

o Pilihan kursus - calon hendaklah memilih kursus pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan SPM yang dimiliki;

o Negara - penetapan negara tempat pengajian adalah menjadi hak JPA/penaja. Calon adalah dinasihatkan agar menerima keputusan penaja kerana apa yang penting adalah matlamat utama iaitu untuk melanjutkan pengajian. Semua kursus di negara-negara yang ditaja oleh JPA adalah of good standing dan diiktiraf. Sebagai contoh pelajar yang bergraduat dalam bidang Perubatan di Indonesia, India dan Rusia akan tetap dilantik sebagai Pegawai Perubatan seperti mana mereka yang bergraduat daripada Ireland, United Kingdom atau Australia.

Peruntukan kewangan dan tempat pengajian ke luar negara terutama bagi kursus-kursus kritikal (perubatan/pergigian/farmasi/perubatan veterinar) adalah terhad namun permohonan yang diterima adalah tinggi dan ini menyebabkan wujudnya persaingan yang sengit di kalangan pemohon. Contohnya pada tahun 2009, sebanyak 5,181 permohonan telah diterima bagi mengikuti kursus kritikal, namun peruntukan tempat yang disediakan hanyalah sebanyak 772 sahaja. Ini menunjukkan hanya seorang calon akan terpilih daripada setiap enam permohonan.

3. KAEDAH PERMOHONAN

Iklan tawaran dan maklumat lanjut akan disiarkan menerusi portal www.jpa.gov.my dan juga akhbar-akhbar utama pelbagai bahasa pada bulan Mac 2010. Calon perlu merujuk ke portal www.jpa.gov.my untuk mendapatkan butiran tawaran dan syarat kelayakan PILN 2010 yang akan mula dibuka secara atas talian (on-line) mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria PILN serta memiliki kelayakan bahasa asing seperti bahasa Jerman, Perancis atau Jepun akan diberi pertimbangan sewajarnya sekiranya memohon program pengajian ke negara-negara berkenaan.

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor akan diadakan pada bulan Mac 2010 di hospital-hospital Kerajaan yang akan ditetapkan oleh JPA. Calon yang memohon untuk mengikuti program perubatan adalah diwajibkan menghadiri program ini.

Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan dipanggil ke sesi temu duga yang akan dijalankan pada bulan April 2010. Urusan temu duga akan dijalankan secara berkumpulan mengikut dua kelompok utama bidang pengajian iaitu kritikal dan strategik.

Ahli-ahli panel bagi bidang kritikal terdiri daripada pegawai perubatan/pergigian/ farmasi dan perubatan veterinar manakala ahli-ahli panel bagi bidang strategik terdiri daripada pensyarah, jurutera dan pegawai kanan dari pelbagai skim perkhidmatan.

Calon-calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA. Calon juga perlu mencapai had kecemerlangan (cut-off point) yang ditetapkan, mencapai rekod kehadiran kelas melebihi 90% dan tidak mempunyai rekod disiplin bagi membolehkan calon diteruskan penajaan ke universiti-universiti di luar negara.

4. PENUTUP

Pemakluman awal ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal calon/pelajar akan senario permohonan, kriteria pemilihan, had penawaran dan saingan serta persediaan yang perlu dihadapi oleh setiap orang calon/pelajar bagi mendapatkan tawaran biasiswa Kerajaan yang diuruskan oleh JPA.Tanggapan umum bahawa prestasi akademik adalah jaminan dan menjadi faktor penentu untuk calon-calon mendapatkan biasiswa khususnya untuk PILN adalah tidak tepat. Harapan JPA adalah agar calon yang tidak berjaya tidak membuat perbandingan dengan calon yang lain dan mempersoalkan kenapa mereka tidak ditawarkan biasiswa atas alasan mencapai prestasi akademik yang cemerlang.

Bersandarkan kepada faktor-faktor seperti bilangan permohonan yang tinggi di kalangan calon yang cemerlang serta bilangan biasiswa yang terhad, PILN 2010 dijangka akan terus menjadi amat kompetitif. JPA dengan ini menasihatkan calon serta ibu-bapa agar bersedia dan berusaha juga untuk mendapatkan sumber-sumber penajaan yang lain.

Maklumat umum berkaitan penawaran biasiswa Kerajaan/JPA juga boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-8885 3412 (lima talian) mulai 10 Mac 2010 atau hadir sendiri di kaunter-kaunter Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di Lobi, Blok C1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
3 Februari 2010

Wednesday, March 10, 2010

SPM RESULT...

11 MAC 2010... kitaorg ambik result kat maktab....

Tuesday, March 9, 2010

glory glory man united!


Saturday, March 6, 2010

bila hati terasa...

memimpin bukan satu perkara yang mudah... lebih2 lagi bagi seorang atau sekelompok pelajar.. tapi.., umur bukan menjadi ukuran,,, umur hanya nombor semata-mata, yg membezakan tahun kelahiran.. tapi cara memimpin dan pengalaman menjadi aset utama dalam hal ini... ya... mungkin ada pelajar yg berkebolehan dalam kepimpinan... tapi tak diasah... tak digilap... adakah salah para guru... atau salah diri sendiri yg enggan menonjol.... haha... mungkin ada yg terasa.. ada yg ambil pengajaran...

menjadi seorang pemimpin bukan mudah,,, terlalu banyak yg perlu difikirkan.. hati menjadi bingung.. terlalu banyak hati perlu dijaga... bagi BWP, hati para guru, pelajar, org atasan perlu dijaga... dalam beberapa hal.. ada hati yg perlu dikorbankan... direlakan.. dan terpaksa diabaikan... itu lah dugaan menjadi Badan Wakil Pelajar di MRSM... bukan mudah.. bukan seperti yg selalu dibayangkan oleh mereka yg tidak pernah bergelar BWP...

Monday, January 18, 2010

selamat besua kembali